Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” dan dalam hadis yang lain ”Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Berdasarkan 2 hadis di atas, adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang muslim untuk menuntut ilmu. Justeru kepada mereka yang ada niat hendak menjadi seorang usahawan muslim, wajiblah bagi mereka mendalami segala ilmu yang berkaitan dengan bidang yang ingin mereka ceburi. Mereka harus mengetahui produk-produk yang akan diniagakan dan juga perlu ada pengetahuan tentang teknik dan kaedah menjalankan perniagaan.

Sebagai menyahut seruan Nabi SAW tadi, Komuniti HPA Bandar Baru Bangi telah mengadakan Kelas Mingguan pada setiap hari Selasa malam Rabu, bermula jam 9.30 malam dan bertempat di Aras 1, Cawangan HPA Bandar Baru Bangi yang juga merupakan Pusat Komuniti bagi ahli-ahli HPA sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Modul Kelas Mingguan HPA biasanya dimulakan dengan slot ”Profail Syarikat”. Dalam slot ini ahli dikenalkan secara ringkas tentang HPA Industries dan tidak lupa juga dimaklumkan akan perkembangan terkini syarikat. Slot kedua pula, ahli akan diperkenalkan dengan ”Pengetahuan Produk” yang disampaikan oleh Herbalis bertugas. Hanya satu produk yang diperkenalkan untuk satu malam dan akan berubah pada minggu yang seterusnya. Ahli boleh mengajukan persoalan bagi mendapatkan jawapan serta penyelesaian bagi sebarang masalah penyakit.

Slot ketiga merupakan salah satu slot terpenting di mana ahli akan dijelaskan dengan teknik atau kaedah menjalankan perniagaan melalui modul ”Pelan Pemasaran”. Dalam slot ini juga ahli diterangkan bagaimanakah menjana pendapatan lumayan bersama HPA. Ahli diterangkan mengenai pangkat, peratus bonus dan sebagainya.

Slot Motivasi atau Tazkirah adalah slot terakhir. Penceramah akan menaikkan semangat ahli dalam perjuangan bersama HPA ini. Ahli juga dinasihati agar menjadikan HPA sebagai satu wadah perjuangan yang berkonsepkan ibadah kerana Allah disamping mendapatkan keuntungan duniawi dan juga ukhwari.

Tidak rugi jika hadir ke Kelas Mingguan ini. Banyak manfaat yang boleh diambil daripadanya. Istiqomah dan ajaklah rakan-rakan anda hadir sama bagi mencapai cita-cita menjadi seorang usahawan muslim yang berilmu pengetahuan.








Related Posts with Thumbnails