Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru. Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.

Alhamdulillah, Menara HPA yang bernilai RM54 juta telah siap untuk digunakan. Bulan Mac ini akan bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Buat semua anak bangsa yang mendukung perjuangan HPA walau di mana jua kita berada, inilah masanya untuk kita pertingkatkan JIHAD EKONOMI umat Islam. Allahu Akbar !!!








Dukacita ingin dimaklumkan kepada semua warga HPA yang mengenali PJS Fatin @ Puan Norhaida binti Rameli, ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Maklumat terperinci mengenai kematian ayahanda beliau belum dapat diterima.

Bersama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan mereka yang sentiasa dekat di sisi Allah dan bersama-sama orang-orang soleh. Al-Fatihah ...


Maklumat terkini yang diterima :
Ayahanda PJS Fatin iaitu Allahyarhan Haji Rameli b. Haji Hamzah yang berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping pada jam 3 petang semalam (Jumaat, 8/1/2010). Allahyarham dipercayai meninggal dunia kerana menghidap sakit jantung. Salam takziah buat semua ahli keluarga PJS Fatin dari Warga Komuniti HPA Bangi.

Related Posts with Thumbnails