Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” dan dalam hadis yang lain ”Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Berdasarkan 2 hadis di atas, adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang muslim untuk menuntut ilmu. Justeru kepada mereka yang ada niat hendak menjadi seorang usahawan muslim, wajiblah bagi mereka mendalami segala ilmu yang berkaitan dengan bidang yang ingin mereka ceburi. Mereka harus mengetahui produk-produk yang akan diniagakan dan juga perlu ada pengetahuan tentang teknik dan kaedah menjalankan perniagaan.

Sebagai menyahut seruan Nabi SAW tadi, Komuniti HPA Bandar Baru Bangi telah mengadakan Kelas Mingguan pada setiap hari Selasa malam Rabu, bermula jam 9.30 malam dan bertempat di Aras 1, Cawangan HPA Bandar Baru Bangi yang juga merupakan Pusat Komuniti bagi ahli-ahli HPA sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Modul Kelas Mingguan HPA biasanya dimulakan dengan slot ”Profail Syarikat”. Dalam slot ini ahli dikenalkan secara ringkas tentang HPA Industries dan tidak lupa juga dimaklumkan akan perkembangan terkini syarikat. Slot kedua pula, ahli akan diperkenalkan dengan ”Pengetahuan Produk” yang disampaikan oleh Herbalis bertugas. Hanya satu produk yang diperkenalkan untuk satu malam dan akan berubah pada minggu yang seterusnya. Ahli boleh mengajukan persoalan bagi mendapatkan jawapan serta penyelesaian bagi sebarang masalah penyakit.

Slot ketiga merupakan salah satu slot terpenting di mana ahli akan dijelaskan dengan teknik atau kaedah menjalankan perniagaan melalui modul ”Pelan Pemasaran”. Dalam slot ini juga ahli diterangkan bagaimanakah menjana pendapatan lumayan bersama HPA. Ahli diterangkan mengenai pangkat, peratus bonus dan sebagainya.

Slot Motivasi atau Tazkirah adalah slot terakhir. Penceramah akan menaikkan semangat ahli dalam perjuangan bersama HPA ini. Ahli juga dinasihati agar menjadikan HPA sebagai satu wadah perjuangan yang berkonsepkan ibadah kerana Allah disamping mendapatkan keuntungan duniawi dan juga ukhwari.

Tidak rugi jika hadir ke Kelas Mingguan ini. Banyak manfaat yang boleh diambil daripadanya. Istiqomah dan ajaklah rakan-rakan anda hadir sama bagi mencapai cita-cita menjadi seorang usahawan muslim yang berilmu pengetahuan.








Ramai sudah mendaftar sebagai ahli HPA dan ramai juga yang sudah mencuba serta menggunakan produk-produk HPA. Tapi berapa ramai yang tahu di mana, bagaimana dan siapa yang menghasilkan produk-produk tersebut ? Berapa ramai yang sudah menjamu selera di Radix Fried Chicken atau RFC? Bagi menjawab persoalan tadi, Komuniti HPA Bandar Baru Bangi akan mengadakan Lawatan Kenali HPA. Berikut adalah maklumat mengenai program lawatan tersebut :

Tarikh : 3 hingga 5 Julai 2009 (Jumaat - Ahad)
Bayaran :
RM150 seorang
Aktiviti & Lokasi Lawatan :

1) Kompleks Pentadbiran dan Kilang HPA di Jejawi
2) Ladang Herba dan Kilang HPA di Kuala Perlis
3) Kilang Biskut dan Toileteries di Changlun
4) HPA Cawangan Sungai Petani, HPA Ilham Holidays, HPA Collections dan JAWI Herbshop
5) Kilang Radix Cola dan Kilang Kosmetik di Sungai Lalang
6) Menjamu selera di Radix Fried Chicken (RFC), Radix Organic Recipes (ROR) atau Radix Oriental Cuisine (ROC).

Bayaran termasuk pengangkutan bas, penginapan di Homestay, takaful dan voucher makan RFC. Untuk keterangan lanjut atau ingin menyertai lawatan ini, sila berhubung atau daftarkan nama anda di kaunter HPA Cawangan Bandar Baru Bangi atau kepada :

Encik Mohd Fadzil - 013 2627662
Encik Syed Bahri - 013 2002597


* Tertakluk kepada pindaan

Kursus ini telah berlangsung pada 09 Mei 2009 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg bertempat di HPA Cawangan Bandar Baru Bangi. Seramai 23 orang bekas peserta PBC (sekitar Lembah Klang) telah hadir untuk menambah lagi ilmu berkenaan herbalogi dan perawatan.

Empat orang Herbalis bertauliah HPA telah bertungkus lumus menjayakan program ini dengan komitmen yang jitu daripada AJK komuniti yang hadir.

Antara modul yang diberikan adalah Asas Perubatan Jawi, Product Knowledge(4 produk) dan Asas Diagnosis Tapak Tangan II . Setiap modul diselangi dengan kuiz untuk menguji tahap kefahaman para peserta. Buktinya, seramai 4 orang peserta telah berjaya mendapat100% markah. Kesemua peserta sangat berpuas hati dengan modul yang diberikan di samping pengalaman akupuntur di tititk usus 4 di tangan masing-masing. Sijil akan diberi kepada peserta yang hadir.

1) Pendaftaran (yuran RM50 termasuk makan,sijil dan bahan kursus). Memang berbaloi-baloi






2) Peserta muslimin dan muslimat khusyuk mendengar pengisian






3) kita bernasyid lagi... Rasulullah






4) senangnya soalan...kacang je nih!






5) Cucuk jangan tak cucuk. Ni sape yang sembelit ni 'sure' ke tandas jap lagi!







6) SLOT Asas Perubatan Jawi oleh Herbalis Asma'

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Hj Idris Fakeh Mokhtar di atas kepulangannya ke rahmatullah awal pagi tadi sekitar jam 4, sebaik sahaja sampai di rumahnya di Sg Merab. Hj Idris adalah AJK bagi Komuniti Bandar Baru Bangi.

Menurut ahli keluarganya, beliau dikatakan telah muntah-muntah lalu pengsan malam semalam lalu dikejarkan ke hospital Slim River, kemudian ke hospital Ipoh, namun pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa. Difahamkan telah berlaku pendarahan di atas kepala beliau.

Subhanallah...perkara yang berlaku sebagai asbab kepada kematian.

Masih terngiang-ngiang di ingatan sewaktu beliau memberi sedikit tazkirah tentang kematian semasa meeting komiti bangi baru-baru ini di pejabat en rosmandi. Sangat terkesan di hati sehingga menitis air mata mengenangkan saat kematian yang bakal ditempuhi.

Itulah kali terakhir komiti bersama beliau...Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah

Al Fatihah...

Seperti di cawangan-cawangan HPA yang lain, Kelas Mingguan bagi HPA cawangan Bandar Baru Bangi diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu, bermula pada pukul 9.00 malam. Antara pengisian di dalam kelas mingguan ini adalah :

  • Profail Syarikat HPA Industries
  • Pengenalan Produk HPA
  • Sesi Testimoni
  • Pelan Pemasaran HPA
  • Sesi Motivasi
  • Sesi soal jawab
  • Nasyid beramai-ramai

Kelas Mingguan ini dikendalikan secara bergilir-gilir oleh AJK Komuniti yang terpilih manakala setiap slot ceramah disampaikan oleh PJS bertugas atau AJK Komuniti yang tertentu. Berikut adalah antara gambar sepanjang sesi Kelas Mingguan pada bulan Mac 2009 :


Saudara Syed Bahri mengalu-alukan kehadiran semua ahli HPA Bandar Baru Bangi

Sebahagian peserta muslimin yang hadir

Peserta muslimat yang komitmed dengan kelas mingguan

Bilangan peserta yang hadir semakin bertambah setiap minggu

PJS Fatin sedang menerangkan produk Spirulina

Strategi Menjana Pendapatan bersama PJS Hafidzan

Berikut adalah senarai Ahli Komuniti HPA Bandar Baru Bangi yang telah dipilih pada perjumpaan ahli-ahli HPA di Bandar Baru Bangi pada 10 Mac 2009 yang lepas :


Penasihat :
PJS Rosmandi b. Ishak


Pengerusi :

Encik Mohd Fadzil b. Ibrahim


Timbalan Pengerusi :
Encik Mohd Norhisyam b. Haji Mat

Setiausaha :
Puan Nor Sharifah bt. Idris

Timbalan Setiausaha :
Puan Masliza

Bendahari :
Encik Syed Mokhtarruddin b. Syed Mohd Noor


Unit Kebajikan & Keahlian :
Encik Syed Bahri b. Syed Mokhtarruddin
Puan Norliza



Unit Perubatan Jawi :
Puan Siti Noraniah bt. Abdul Rahman
Puan Mariani bt. Mohammad


Unit IT :
Encik Yusoff bin Muhammad

Unit Keceriaan :
Cik Nur shakila Hasanah bt. Ibrahim
Cik Nurul Huda Sakinah bt. Ibrahim


Ahli Jawatankuasa :
Encik Khairul Anuar b. Abu Othman

Encik Suhairi b. Samad
Encik Muhammad Noorsahel b. Mohd Anuar
Puan Mek Rahimah bt. Sulong
Cik Nur Rahmah bt. Omar

Berita baik buat semua ahli HPA Industries di kawasan Bandar Baru Bangi. Kini HPA telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan baru di Bandar Baru Bangi dan telah beroperasi bermula pada 10 Mac 2009 yang lepas.

Bagi ahli yang ingin mendapatkan pelbagai produk HPA silalah berkunjung ke cawangan baru tersebut yang beralamat di No. 2-G-1, Jalan Medan PB/4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor D.E

Berikut adalah peta panduan ke HPA cawangan Bandar Baru Bangi :

Klik untuk paparan lebih besar

Related Posts with Thumbnails