Seperti di cawangan-cawangan HPA yang lain, Kelas Mingguan bagi HPA cawangan Bandar Baru Bangi diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu, bermula pada pukul 9.00 malam. Antara pengisian di dalam kelas mingguan ini adalah :

  • Profail Syarikat HPA Industries
  • Pengenalan Produk HPA
  • Sesi Testimoni
  • Pelan Pemasaran HPA
  • Sesi Motivasi
  • Sesi soal jawab
  • Nasyid beramai-ramai

Kelas Mingguan ini dikendalikan secara bergilir-gilir oleh AJK Komuniti yang terpilih manakala setiap slot ceramah disampaikan oleh PJS bertugas atau AJK Komuniti yang tertentu. Berikut adalah antara gambar sepanjang sesi Kelas Mingguan pada bulan Mac 2009 :


Saudara Syed Bahri mengalu-alukan kehadiran semua ahli HPA Bandar Baru Bangi

Sebahagian peserta muslimin yang hadir

Peserta muslimat yang komitmed dengan kelas mingguan

Bilangan peserta yang hadir semakin bertambah setiap minggu

PJS Fatin sedang menerangkan produk Spirulina

Strategi Menjana Pendapatan bersama PJS Hafidzan

Berikut adalah senarai Ahli Komuniti HPA Bandar Baru Bangi yang telah dipilih pada perjumpaan ahli-ahli HPA di Bandar Baru Bangi pada 10 Mac 2009 yang lepas :


Penasihat :
PJS Rosmandi b. Ishak


Pengerusi :

Encik Mohd Fadzil b. Ibrahim


Timbalan Pengerusi :
Encik Mohd Norhisyam b. Haji Mat

Setiausaha :
Puan Nor Sharifah bt. Idris

Timbalan Setiausaha :
Puan Masliza

Bendahari :
Encik Syed Mokhtarruddin b. Syed Mohd Noor


Unit Kebajikan & Keahlian :
Encik Syed Bahri b. Syed Mokhtarruddin
Puan Norliza



Unit Perubatan Jawi :
Puan Siti Noraniah bt. Abdul Rahman
Puan Mariani bt. Mohammad


Unit IT :
Encik Yusoff bin Muhammad

Unit Keceriaan :
Cik Nur shakila Hasanah bt. Ibrahim
Cik Nurul Huda Sakinah bt. Ibrahim


Ahli Jawatankuasa :
Encik Khairul Anuar b. Abu Othman

Encik Suhairi b. Samad
Encik Muhammad Noorsahel b. Mohd Anuar
Puan Mek Rahimah bt. Sulong
Cik Nur Rahmah bt. Omar

Berita baik buat semua ahli HPA Industries di kawasan Bandar Baru Bangi. Kini HPA telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan baru di Bandar Baru Bangi dan telah beroperasi bermula pada 10 Mac 2009 yang lepas.

Bagi ahli yang ingin mendapatkan pelbagai produk HPA silalah berkunjung ke cawangan baru tersebut yang beralamat di No. 2-G-1, Jalan Medan PB/4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor D.E

Berikut adalah peta panduan ke HPA cawangan Bandar Baru Bangi :

Klik untuk paparan lebih besar


HPA dengan rasminya telah membentuk Panel Syari'ahnya yang terdiri dari :


  1. USTAZ AHMAD BIN ALI (M.A. USUL FIQH, Universiti al-Azhar. Bekas Pensyarah di UM, UIA dan Universiti Islam Brunei); Pengerusi Panel.

  2. DR. MOHD NASIR HJ HAMID (PHD PENGAJIAN ISLAM UKM, Pensyarah UITM Arau)

  3. USTAZ BASRI ABDUL GHANI (M.A. EKONOMI ISLAM U.M., Pensyarah Ekonomi Islam UITM Arau)

  4. USTAZ NIDHO ABDURRAHMAN (B.A. AL-AZHAR, M.A. AL-QURAN DAN SUNNAH UKM., Pensyarah UUM Sintok)

  5. USTAZ KHADAFI HJ ROFIE (B.A. AL-AZHAR, M.A. HADIS UKM, Pensyarah UUM Sintok)

  6. PROF. MADYA DR. ISHAK SULAIMAN (PHD HADITH DAN MUAMALAH, University of Wales U.K, Pensyarah U.M.)

  7. USTAZ HASAN ZAID RAMLI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

  8. USTAZ HASBULLAH ALI (B.A. AL-AZHAR, M.A. SYARIAH UKM., Pensyarah IPTS)

  9. USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (B.A. SYARI'AH AL-AZHAR, Dip. Dirasat Ulya (PRA M.A.) INSANIAH-ALAZHAR, Pengurus Pentadbiran HPA); Setiausaha Panel.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Panel Syariah ini, anda boleh layari laman blog mereka di http://panelsyariah.blogspot.com/

HPA Industries Sdn. Bhd. diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim yang begitu komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan HALAL dan produk kegunaan harian. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing (MLM) yang menepati kehendak syarak.

Syarikat ini telah mula diasaskan pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan 1. Sementara Pengarah Urusan II adalah isteri beliau sendiri iaitu Puan Hjh. Norhayati binti Ahmad.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki beberapa buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis dan di Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah. Yang terkini ada sebuah lagi kilang baru yang beroperasi di Gandul, Jakarta Indonesia. Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 200 orang.

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.

Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara. Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.

Oleh : Ust. Ahmad Adnan Fadzil

Soalan : Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM : apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

Jawapan :

Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut :
  1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
  2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
  3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

Saling Meredhai

Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

Syarat-syarat bagi akad perniagaan

Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah :

  1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
  2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
  3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
  4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
  5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
  6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu :

  • Membantu kepada perbuatan maksiat
  • Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
  • Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah :

  1. Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
  2. Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
  3. Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah :
  • Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
  • Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
  • Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
  • Mengurangi timbangan
  • Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)

Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

Syarat-syarat yuran keahlian

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
  2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
  3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
  4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

Bonus

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah :

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya :

  1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
  2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
  3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut :

  1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
  2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
  3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
  4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.

Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid”

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah :

  1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
  2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
  3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
  4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
  5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
  6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan. (Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk :

  • Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
  • Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak. Wallahu A’lam.

Rujukan :

  1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
  2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
  3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
  4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
  5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
  6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
  7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
  8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)


Alhamdulillah… HPA sekali lagi memperkenalkan produk minumannya yang bakal mendapat tempat dihati para penggemar minuman koko. Ia merupakan produk yang dinanti-nantikan kemunculannya. Rasa dan aromanya amat unik sekali dengan gabungan koko dari Gred A.

Radix KOKO dijangka akan bersaing hebat dipasaran negara ini nanti. Ramai para pengedar HPA yang siap menanti untuk mengempur pasaran. Rasanya amat sedap dan unik sekali. Sila ke cawangan/stokis terdekat untuk membeli dan mencuba sendiri keenakannya. Gempur Radix KOKO.

INFO PRODUK
  • Mengandungi 15 sachet(bungkus)
  • 1 sachet 30 gm
  • Pilihan untuk semua golongan
  • Harga : RM16.00 (harga ahli)/RM20.00(harga pengguna)
  • Nilai mata : 5 NM

Banyak persoalan yang timbul mengenai hukum jika memberi ayam dengan makanan seperti Habbatussauda' dan herba-herba yang lain? Adakah HPA memasang ayat Al-Quran bagi ternakannya? Dan ada juga isu yang timbul mengenai persaingan siapakah paling as-Sunnah dalam penternakan ayamnya? Bagi menjawab segala pertikaian yang timbul tersebut, pihak Panel Syariah HPA perlu menjelaskannya kerana mereka lebih arif dalam bidang ini. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh pihak Panel Syariah untuk dikongsikan bersama.

PENJELASAN DARIPADA PANEL SYARIAH HPA

Ayam HPA diberi makan dedak yang diadun khas tanpa sebarang bahan yang haram dan syubhah (serbuk darah, serbuk tulang dan sebagainya) serta tidak dimasukkan bahan-bahan kimia merbahaya dan memudaratkan badan manusia termasuk antibiotik, vaksin, arsenik asid dan sebagainya. Sebagai ganti bahan-bahan merbahaya itu HPA menggunakan bahan-bahan alamiyah termasuk Habbatus-Sauda’ (yang bertindak sebagai antibiotik alternatif), halia dan sebagainya. Untuk ganti serbuk darah dan serbuk tulang pula, HPA menggunakan protien kacang soya, ikan dan sebagainya. Jadi, ayam HPA diberi makan habbatus-sauda’ bukan untuk mengajarnya beramal dengan as-Sunnah, akan tetapi hasil kajian kita mendapati habbatus-sauda’ itu berfungsi sebagai antibiotik yang bukan sahaja sesuai untuk manusia tetapi juga binatang ternakan.

Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya. Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi SAW. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘asal (madu) dan habbatus-sauda’.

Adapun memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran di reban ayam, HPA tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.

Wallahu a’lam.

  1. Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
  2. Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  4. Menggunakan 100% herba.
  5. Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
  6. Tidak mengandungi Steroid.
  7. Melepasi ujian had kandungan logam berat.
  8. Melepasi ujian had Mikrob.
  9. Melepasi ujian had kecairan.
  10. Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
  11. Gunakan tanpa was-was.


Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk :-
1) Kapsul
2) Periuk

1) Kapsul :
Bagi pengguna yang telah sakit bertahun lamanya, penggunaan penggunaan kapsul adalah dicadangkan. Bagi mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.

2) Periuk :
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-2.1) Air Rebusan2.2) Pati Rebusan

2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius. Aturan guna :-

  1. Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik.
  2. Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1).
  3. Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih. Pastikan melebihi 1 jam.
  4. Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau dijemur kering.
  5. Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan (pagi, petang dan malam).
  6. Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
  7. Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
  8. Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan rebusan kali kedua.
  9. Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air (14 hari).

2.2) Pati Rebusan :

  1. Menggunakan ’slow cooker’.
  2. Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah 1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang paling rendah selama 4 jam.
  3. Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit yang serius seperti kencing manis, kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.

** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas mendapat rundingan HPA.

Senarai Penuh Produk HPA yang Terkini boleh dilihat di : http://hpa.com.my/produk/produkhpa.htm

Dan anda boleh mendownload file ini dalam format MS Excel di sini : http://hpa.com.my/buy_online/downloadproduk.xls




Oleh SUWARNI MOKHTAR

ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan anugerah Perdana Menteri kepada Ismail Ahmad selepas merasmikan MAHA 2008 di Pusat Taman Expo Pertanian, semalam.


SERDANG 12 Ogos
- Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan. Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'. Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.

Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.
''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.

Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.
HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

GEORGETOWN : “Kami akan saman!” Itu keputusan diambil pengurusan HPA Industries Sdn Bhd (HPA) dalam usaha mengelak produk utama syarikat itu daripada terus diciplak. Malah, pengurusan syarikat jualan langsung milik Bumiputera terbesar di negara ini memberi amaran tindakan saman bukan hanya membabitkan pengeluar Kopi Radix tiruan, tetapi juga penjual dan premis yang menyimpan produk itu.


Penasihat Undang-Undang HPA, Abdul Ghany Saad, berkata dengan pendekatan itu, pihaknya menjangka masalah Kopi Radix tiruan di pasaran dapat diatasi dalam tempoh terdekat. Menurutnya, pada masa ini, skuad penyiasat yang ditubuhkan HPA mengesan beberapa pemborong yang membeli produk Kopi Radix tiruan di sekitar Seberang Prai, Pulau Pinang dan utara Perak.

“Kami (HPA) berharap mendapat maklumat mengenai punca kepada semua masalah ini daripada pemborong yang dikesan. “Jika pemborong terbabit tidak bekerjasama, kami (HPA) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman sivil ke atas mereka bagi menuntut kerugian kerana menjual produk tiruan,” katanya.

Beliau berkata, HPA yakin dengan kerjasama erat daripada pihak berkuasa, masalah itu akan dapat diatasi tidak lama lagi. Menurutnya, seramai 1,000 kakitangan dan 500,000 ahli syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu membantu syarikat berkenaan dalam mengatasi masalah terbabit.

“Syarikat amat memandang serius masalah ini dan kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk saman ke atas mana-mana pihak yang didapati menyimpan atau menjual Kopi Radix tiruan.“Kami ingin menjadikan ia sebagai pengajaran bagi menghapuskan masalah kopi tiruan ini supaya tidak lagi berbangkit pada masa depan,” katanya.

Harian Metro (11 November 2008) PRAI : HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara. Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kegiatan itu memberi kesan negatif sekali gus menyebabkan kejatuhan jualan kopi Radix sebagai minuman berherba yang cukup popular di negara ini. “Sekiranya pengedaran kopi palsu itu dibiarkan akan menyebabkan orang ramai menjauhi kopi Radix asli,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam. Sebelum ini, kopi Radix asli dalam bentuk papan dijual kepada ahli HPA dengan harga RM16 berbanding kopi Radix palsu yang dijual harga RM14 dengan menggunakan teknik imbasan cukup tinggi menciplak papan dan sachet minuman kopi Radix asli.

Beliau berkata, rasa kopi Radix palsu tawar serta tidak mempunyai herba HPA, manakala kualiti kertas sachet palsu agak nipis berbanding asli selain warna merahnya lebih gelap dari sachet asli selain beberapa perbezaan lain.

Oleh Zainuddin Zain

HPA Industries Sdn Bhd melangkah setapak lagi dalam visinya menye-diakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila mem-buka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC) semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000. “RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. “Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

Petikan daripada : Harian Metro keluaran 2 Jun 2008 / laman ekonomi

Waktu operasi RFC :
Isnin - Ahad : 10.30 pagi - 11.00 malam
Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari - 2.30 petang

Menu :
Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
5 jenis Value Meal
Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry

"LAZAT LAGI BERKHASIAT!"
RADIX FRIED CHICKEN

Lot.95-97 Jalan Legenda Height
08000 S.Petani, Kedah
No. Telefon RFC : 04-4254717


Kursus PBC atau Perkongsian Bijak Cemerlang ini adalah merupakan kesinambungan daripada program PB yang mula diperkenalkan oleh HPA Industries pada 2 Disember, 2005. Kursus (3 hari 2 malam) ini diadakan adalah hasil dari cetusan rasa hati Pengarah Urusan HPA itu sendiri yang ingin melihat pengedar-pengedar di bawah anak syarikatnya; Al Wahida Marketing Sdn Bhd mendapat bonus atau pendapatan yang lumayan seperti pengedar syarikat MLM yang lain.

Hasil daripada perbincangan dengan pemimpin-pemimpin HPA yang masih setia dan yang berpengalaman luas dalam MLM seperti CIKGU MURAD, maka Kursus Perkongsian Bijak atau ringkasnya PB telah diwujudkan dengan pihak HPA sendiri menjanjikan untuk menganugerahkan pangkat PENGURUS MELATI (PLX) dengan bonus 20% kepada setiap peserta program yang memenuhi syarat-syarat minima yang ditentukan. Hasil dari program PB yang diadakan sepanjang tahun 2006 di seluruh Malaysia, jualan syarikat telah meningkat dengan ketaranya dan bonus pemimpin dan pengedar yang menghadiri dan menghantar peserta jaringan mereka telah melonjak secara drastik.

Fenomena ini berlaku kerana dalam program yang diadakan; peserta telah diberikan kesedaran, suntikan semangat dan pengalaman berharga dari pemimpin yang bersungguh-sungguh untuk membimbing mereka dengan modul-modul khas yang sangat menarik semua golongan. Masakini, melalui Kursus PBC ini ramai pengedar telah berjaya mencapai bonus 5 angka (>RM10,000 sebulan) dalam masa yang singkat sahaja.

  • Hadiah pangkat pertama oleh pihak syarikat HPA: PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
  • Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat, berasaskan Syariah dan menguntungkan.
  • Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan RM 10,000 ke atas.
  • Berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
  • Modul program yang menarik dan mengesankan.
  • Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
  • Program Usahawan yang dapat membantu siswazah untuk terlibat dalam bidang perniagaan dengan bantuan PUNB (Permodalan Usahawan Nasional Berhad).

Antara modul yang akan diberikan adalah :
  • Kenali Syarikat
  • Asas Plan Pemasaran
  • Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
  • Eagle Eyes Sponsoring
  • Plan Tindakan
  • Teknik Demo Gempur Radix
  • Teknik Demo dan Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan


Pengisian PBC ini disampaikan oleh Pengurus Pemasaran HPA sendiri iaitu En Mohammad Faisol b Abd Rahman dan juga dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS) HPA. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.

Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul.

Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat.

Related Posts with Thumbnails