MALAM SATU MIMPI ... Itulah tema persembahan konsert HPA Raihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM30 dan boleh dibeli di mana-mana cawangan HPA mulai 15 Januari 2010.

Malam Satu Mimpi mengajak semua ahli HPA dan bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kump. Raihan serta pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung Kemanusiaan Palestin".

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkarbonat HPA seperti Radix Cola, Sarsi, Oren dan pelbagai lagi perisa di dalam satu invois (air berkarbonat 1.5 liter sahaja) dan anda akan mendapat 1 kupon masuk ke konsert tersebut secara percuma. Pembelian tidak ada had dan ia bermula pada 1 Januari sehingga akhir bulan Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara, tengah, selatan, timur dan Borneo) pada tarikh dan masa yang akan di tentukan nanti. Disamping itu pihak Al-Wahida Marketing juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah bagi para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Bersama-samalah kita jayakan konsert ini dan memastikan produk-produk HPA terus diterima serta dinikmati bersama oleh semua pengguna tak kira di mana saja mereka berada. Yang pasti Gempur RADIX !!! Insya Allah ...

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ)


Pada 22 Disember 2009, Kuliah Perubatan Jawi telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad. Bertempat di Hotel De Palma Ampang dan tajuk KPJ kali ini adalah "Herba Menguasai Dunia".

Kehadiran luar biasa seramai 500 orang telah menaikkan semangat dan mood untuk gempur pasaran 2010. GEMPURRR !!!



Seminar Halatuju HPA 2010 & Pelancaran Insentif Ta'awun

Seramai 200 orang peserta di kalangan PJS dan wakil Komuniti telah hadir di Ballroom, Hotel De Palma Ampang pada 23 Disember bermula 10 pagi hingga 5 petang. Dimulakan dengan ucapan aluan daripada Presiden KPA, PJM Hafidzan b. Faudzi. Selepas itu GM AWM, En. Mohd. Faisol Abd. Rahman telah memberi taklimat tentang Insentif Ta'awun 2010. Sebelah petang pula, Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad telah memberikan kata perangsang yang penuh semangat sehingga ada peserta yang mengalirkan air mata. Semua peserta melaungkan GEMPUR RADIX ! dan bertakbir dengan penuh semangat. Allahu Akbar !!!

Berikut adalah slide show gambar-gambar sekitar dua acara gemilang tersebut :



P A ( Pau Ahmad ) Food Sdn. Bhd.

Sekiranya anda penggemar PAU, samada yang biasa atau frozen, yang dijual di kedai-kedai makan, pasar malam, disajikan di hotel atau di mana-mana saja, sila baca artikel ini sehingga akhir


Kisah Benar 1 :
Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M'sia ni...Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..Main point yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M'sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal. Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam... Ntah la.. rasa nak marah pun ada... rasa tertipu pun ada... tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M'sia ni mmg pengasasnya Cina. So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti.. . Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini? Boleh sahkan ke berita ni? kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong...

Kisah Benar 2 :
Mohd Hisham wrote :

Salam Dato' dan semua sahabat,
Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi ke mana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

Untuk mengesahkan email ini TIDAK PALSU.

Company Name : P. A. FOOD SDN. BHD.
Company Number : 255451 - U
List Of Officers :
Person Id : 400711-08-5382
Officer Name : LOI NGIK YENG
Designation : DIRECTOR
Appointment : 19041999
Person Id : 420215-08-5111
Officer Name : DING LIENG CHIN
Designation : DIRECTOR
Appointment : 06011993
Person Id : 620424-08-5413
Officer Name : DING HONG SING
Designation : DIRECTOR
Appointment : 06011993F49
Date: 31031998
LPerson Id : 691209-10-6312
Officer Name : SEE SIEW CHOO
Designation : LS0001940
Appointment : 02012002F49
Date: 02012002
Person Id : 750403-14-5494
Officer Name : NG GEOK LIAN
Designation : LS0007155
Appointment : 02012002

P A Food Sdn. Bhd.
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang
43500 Semenyih
Selangor, Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax : 03-8723 1886

Managing Director : Mr Ding Hong Sing
Finance Director : Ms Siaw Voon Fong

Business : P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns, Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls, Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Khamis, 13 Ogos 2009. Itulah tarikh terakhir Allahyarham berada bersama kita. Hari ini (13 Dis) genaplah 4 bulan Allahyarham Mohamad Asri b. Ibrahim atau Asri Rabbani pergi meninggalkan kita semua. Pemergian-nya merupakan satu kehilangan yang sangat besar khususnya buat seluruh penasyid dan peminat hiburan nasyid. Allahyarham adalah antara penggerak industri nasyid dan mereka yang bertanggungjawab mendaulatkan seni hiburan Islam ini dan mengetengahkannya agar diterima semua masyarakat dunia.

Allahyarham adalah seorang ahli HPA dengan no. ahli 431155.MY01. Walaupun bukanlah seorang yang aktif dan berpangkat besar dalam HPA, namun pastinya ramai ahli HPA yang menjadikan Allahyarham sebagai sumber inspirasi dan role model kerana banyak sekali lagu-lagu nasyid Allahyarham bersama Kumpulan Rabbani yang berjaya menaikkan semangat perjuangan dalam dakwah di semua aspek kehidupan termasuklah dalam perniagaan.

Allahyarham bukanlah seorang PJS namun jasa Allahyarham terhadap Islam di Malaysia sudah pasti lebih besar daripada mereka yang berpangkat PJS atau lebih tinggi daripada itu. Pangkat terakhir Allahyarham di dalam HPA sebelum menghembuskan nafas terakhirnya adalah PLX dan kini hampir mencapai PRX. Keahlian dan pendapatan Allahyarham kini diwarisi oleh isterinya iaitu Puan Halizah bt. Shahadan. Sepanjang hayatnya, Allahyarham tidak pernah lupa untuk membuat pembelian maintain setiap bulan dan sentiasa menerima bonus daripada HPA.

"Biarlah sedikit asalkan diberkatiNya... Daripada banyak yang memudharatkan..." demikianlah petikan lirik nasyid dari salah satu lagu-lagu nasyid Kumpulan Rabbani. Walaupun bonus HPA yang diterima belum mencecah ratusan atau ribuan ringgit, Allahyarham tetap meneruskan pembelian maintain kerana yakin ada keberkatan disebalik pendapatan yang diterimanya. Untuk pengetahuan semua ahli HPA, bonus Allahyarham kini digunakan untuk membeli produk HPA antaranya ayam organik HPA dan disedekahkan kepada fakir miskin yang tinggal berhampiran rumah keluarga Allahyarham di Bukit Sentosa, Rawang. Itulah antara saham dan jariah Allahyarham yang masih berjalan walaupun sudah tiada lagi di dunia ini. Bagaimana pula kita yang masih hidup ini ???

Saksikan klip video tribute untuk Allahyarham Asri Rabbani di youtube :

Pemulaan bulan insentif : Dis 2009
Penamat bulan insentif : Sept 2010

MATLAMAT

  • Memudahkan pengedar memahami dan mengejar sasaran tersebut
  • Mengaktifkan PBC dan memastikan upline melakukan proses pembinaan jaringan
  • Menuju kearah pencapaian jualan RM 20juta (Malaysia Sahaja)SYARAT
  • Mencapai jualan RM 20 juta (Malaysia Sahaja )
  • Bagi semua kategori
JANGKAAN TARIKH KONVEK

  • Disember 2010
  • Lokasi akan diumumkan kemudian

INSENTIF

Kategori Pertama

  • Terbuka kepada semua pengedar HPA yang berdaftar di Malaysia
  • Melakukan minima nilai mata peribadi 200NM selama 10 bulan tempoh insentif atau
  • Melakukan 2000NM hingga 2999.99 NM akumulatif atauMelakukan minima nilai mata peribadi 300 keatas selama 10 bulan tempoh insentif atau melakukan 3000NM akumulatif
  • Bagi yang baru mendaftar sebagai pengedar juga dimestikan melakukan jumlah akumulasi sebanyak yang disyaratkan.

Hadiah pasti adalah :

  1. 200-299 nm atau akumulasi 2000-2999.99 – pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM300 .00
  2. 300 keatas atau akumulasi 3000 dan keatas - pelaburan saham KOWAHIDA berjumlah RM 500.00
  3. Hadiah cabutan bertuah- 100 unit barangan elektrik – jenis Pensonic
  4. Grand Prize - 30 unit air Cooler atau yang setaraf yang bernilai RM1000.00

Kategori Kedua

  • Terbuka kepada PB hingga ke Pengarah Meranti (status mulai Dis 2009)
  • Melakukan maintain 300NM atau akumulasi 3000NM
  • Mencapai pangkat Pengarah Jati ke Atas dalam tempoh bulan Insentif dan mesti mencapai bonus RM1000.00 semasa pangkat Pengarah Jati ke Atas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok).

Insentif :

  • Pakej melancong ke Indonesia (Pulau percutian Makasar) selama 5 hari 4 malam untuk seorang atau pakej yang setaraf dengannya.
  • Top 20 Bonus tertinggi untuk kategori ini akan menerima pekej percutian ke Indonesia(Pulau Percutian Makasar) untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam atau pakej yang setaraf dengannya.

Kategori Ketiga

  • Terbuka kepada Pengarah Jati dan keatas
  • Melakukan maintain 350 NM atau akumulasi 3500NM
  • Membina PJ di mana-mana aras selagi belum bertemu PJ dalam bulan Insentif. (Dis 09 – Sept 2010)
  • PJ yang dibina mesti mencapai bonus minima RM1000 (Malaysia) dan Rp3 juta(Indoneisa) sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh insentif (tidak termasuk bonus agen stok)
  • PJ yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya daripada 2 rangkaian yang berbeza

Insentif yang ditawarkan adalah bagi pencapaian mengikut kategori seperti berikut :

  • Mencapai 2 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (seorang)
  • Mencapai 3 Pengarah Jati : Pelancongan ke China (berdua)
  • Mencapai 4 Pengarah Jati : Umrah (seorang)
  • Mencapai 5 Pemgarah Jati : Umrah (berdua)
  • Mencapai 6 Pengarah Jati dan keatas : Haji (seorang)

Kategori Keempat

  • Melakukan maintain 200 atau akumulasi 2000 NM
  • Pengiraan bonus adalah di jumlahkan kepada purata perbulan.

Insentif :

  1. Top 1 hingga 30 Bonus Tertinggi Malaysia(tidak termasuk bonus jualan stok) – nilaian hadiah RM 60 ribu
  2. Top 31 hingga 60 bonus tertinggi Malaysia (tidak termasuk bonus jualan stok) - nilaian hadiah RM 40 ribu


Kelas mingguan HPA Bangi malam ini akan dimeriahkan dengan kehadiran PJS Abdullah Rahim selaku PJS bertugas. Beliau akan menyampaikan Slot Profail Syarikat serta menceritakan beberapa perkembangan terkini syarikat HPA Industries.

Pada malam ini juga, Herbalis Asma' akan menerangkan salah satu produk baru HPA iaitu Garlic. Produk ini merupakan antara produk yang bakal laris di pasaran kerana khasiatnya yang tinggi.

Jadi jangan berlengah lagi. Luangkan masa dan datanglah beramai-ramai ke Kelas Mingguan HPA Bangi. Gempur HPA !!!

Nama Program : KURSUS PERAWATAN (JAWI) HPA

Objektif :

  • Memperkenal dan mengenengahkan perawatan dan perubatan sunnah
  • Meningkatkan dana Tabung Komuniti HPA Bangi & Unit Perubatan Jawi
  • Memperkenalkan dan menarik keahlian baru dalam bidang perawatan
  • Memberi dan meningkatkan pengetahuan mengenai HPA dan rawatanya

Penceramah : Herbalis HPA (Komuniti HPA Bangi)

Peserta : Terbuka kepada semua ahli HPA

Jadual Kursus :

1) KURSUS DIAGNOSA MATA

  • Tarikh : DITANGGUHKAN
  • Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Penceramah : Herbalis Asma' & Herbalis Hisyam
  • Bayaran : RM75.00 (termasuk light pen, bahan kursus, kad mata & makan tengahari)

2) KURSUS DIAGNOSA LIDAH DAN NADI

  • Tarikh : DITANGGGUHKAN
  • Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Penceramah : Herbalis Hisyam
    Bayaran : RM50.00 (termasuk bahan kursus, kad lidah & nadi serta makan tengahari)

3) KURSUS REFLEKSOLOGI

  • Tarikh : DITANGGGUHKAN
  • Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Penceramah : Herbalis Hisyam dan Herbalis Sahel
  • Bayaran : RM65.00 (termasuk bahan kursus, kayu refleks, kad refleks & makan tengahari)

4) KURSUS AKUPUNTUR & AKUPRESSUR

  • Tarikh : DITANGGGUHKAN
  • Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Penceramah : Herbalis Hanisah
    Bayaran : RM75.00 (termasuk bahan kursus & makan tengahari)

5) KURSUS KIROPRAKTIK

  • Tarikh : DITANGGGUHKAN
  • Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Penceramah : Herbalis Hisyam, Herbalis Umar @ Herbalis Sahel
  • Bayaran : RM65.00 (termasuk bahan kursus, kad kiro & makan tengahari)

6) KURSUS BEKAM

  • Tarikh : DITANGGGUHKAN
  • Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Penceramah : Herbalis Asma'
  • Bayaran : RM55.00 (termasuk bahan kursus, kad bekam & makan tengahari)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : En. Nor Hisyam (Ketua Unit Herbalis) 016-6676771

Seluruh warga Komuniti HPA Bangi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin & muslimat, walau di mana sahaja anda berada.

Semoga pengorbanan & jihad kita selama ini dalam memperjuangkan produk halal HPA diterima Allah SWT. Teruskanlah jihad ekonomi ini demi memastikan Islam sentiasa dijulang & dipertahankan.
Allahu Akbar !!!

Minuman ALG adalah merupakan salah satu produk herba yang dipekkan dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang atau nama saintifiknya ialah Strobilanthes Crispa. Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi, gout dan batu karang, minuman ALG boleh diambil untuk tujuan anti kanser atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius. Herba ini merupakan herba diuretic yang akan membanyakkan pembuangan air kecil.

Manafaat daripada Minuman ALG ialah :

  1. Resdung/sinusitis
  2. Darah tinggi
  3. Pecah batu karang
  4. Demam
  5. Sakit sendi
  6. Mengecilkan ketumbuhan
Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas. Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

17 November 2009. Kelas mingguan malam ini dipengerusikan oleh Encik Mohd Fadzil b. Ibrahim, selaku Pengerusi Komuniti HPA Bangi. Beliau mengajak semua ahli HPA di Bangi agar dapat datang lebih awal ke Kelas Mingguan. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran daripada ramai peserta atau muka-muka baru sebagai ahli HPA.

Muka-muka baru yang hadir. Tahniah !

Slot Profail Syarikat yang sepatutnya disampaikan oleh PJS bertugas iaitu PJS Norliah Ramli digantikan dengan slot penerangan ringkas mengenai Halal Haram Dalam Makanan yang disampaikan oleh PJE Shafarul selaku penceramah jemputan. Beliau menggantikan PJS Norliah yang tidak dapat hadir. PJE Shafarul juga menerangkan serba sedikit mengenai HPA Industries.

Slot seterusnya dikendalikan oleh Herbalis Asma' di mana beliau menerangkan tentang produk Herba JAWI yang merupakan sinergi produk misai kucing yang diperbaharui iaitu berupa kapsul. Herba JAWI ini mempunyai banyak khasiat dan beliau telah berjaya menerangkan dengan jelas mengenainya.

Herbalis Asma' menerangkan produk Herba JAWI


Antara yang hadir memeriahkan kelas mingguan HPA Bangi

Slot Pelan Pemasaran HPA disampaikan oleh PJS Aznin Ujang. Beliau adalah Pengerusi Komuniti HPA Kajang dan diantara PJS yang kerap meluangkan masa hadir ke Kelas Mingguan HPA Bangi sekiranya tidak bertugas di mana-mana kelas di cawangan lain.

Setelah sempurna penerangan PJS Aznin, slot terakhir adalah sesi motivasi oleh PJM Rosmandi. Beliau menerangkan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh setiap ahli demi mencapai kejayaan dalam HPA. Beliau berjaya menaikkan semangat ahli-ahli yang hadir dan menghidupkan suasana dengan ucapannya yang bertenaga.


PJM Rosmandi sedang memberikan motivasi


Sebelum bersurai hadirin bangun beramai-ramai untuk bernasyid sambil memegang erat tangan sahabat-sahabat mereka. Semoga ikatan kami sebagai ahli HPA umumnya dan jemaah HPA Bangi khususnya semakin erat dan mantap. Justeru, pihak Komuniti HPA Bangi mengajak semua ahli HPA sekitar Bangi agar dapat sama-sama memeriahkan Kelas Mingguan pada setiap hari Selasa malam Rabu. HPA Boleh ! Gempur Radix ! Insya Allah ...

Muka-muka baru inilah bakal menggempur HPA dan Radix di Bangi. Allahu Akbar !!!

Sama-sama bernasyid bagi mengeratkan ukhuwah dan kasih sayang.

Selasa, 10 November 2009 jam 9.30 malam. Kelas mingguan kali ini bermula agak lewat sedikit disebabkan kehadiran peserta yang juga lewat daripada biasa. Kelas kali ini dipengerusikan oleh En. Norhisyam selaku Ketua Unit Herbalis, Komuniti HPA Bangi. Beliau memulakan kelas dengan meminta semua yang hadir bangun, bersalaman dan berkenalan terlebih dahulu. Ini bertujuan memberi peluang mereka mengenali antara sesama mereka. Sepanjang sesi tersebut, sayup kedengaran dendangan nasyid arab menambahkan lagi keheningan suasana kelas.

Kelas kali ini diserikan dengan kehadiran PJS Rahmah yang juga merupakan isteri kepada Presiden KPA iaitu PJM Hafidzan Fauzi. Para peserta kelas kali ini merasa sangat bertuah kerana dapat bertemu dan mendengar taklimat daripada salah seorang PJS baru yang menjadi inspirasi kepada semua ahli dan pengedar HPA.



PJS Rahmah menyampaikan slot Profail Syarikat dengan gaya penyampaian yang menarik dan tersendiri. Penerangan dan penyampaian beliau cukup jelas memandangkan beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di UPM sebelum mengambil keputusan untuk bersara awal dan bergiat bersama HPA secara sepenuh masa.

Slot kedua iaitu Produk Knowledge tidak dapat diadakan kerana ketiadaan Herbalis yang bertugas dan tiada wakil yang diamanahkan bagi menyampaikan slot tersebut. Namun slot ini diisi dengan penerangan perkembangan terkini HPA Industries seperti tanah sawah baru bagi penanaman padi untuk menghasilkan beras organik dan beras perang dan juga sedikit sebanyak maklumat menarik sepanjang Kursus Herbalis ke 17. Taklimat tersebut disampaikan oleh En. Norhisyam di mana beliau sendiri merupakan antara peserta Kursus Herbalis ke 17 tersebut.

Selesai taklimat perkembangan terkini dan semasa, kelas mingguan digamatkan dengan penerangan bertenaga dan bersemangat oleh PJE Safarul. Beliau menyampaikan slot Pelan Pemasaran HPA. Para peserta berpeluang mendengar sendiri penerangan mengenai strategi pemasaran, mlm syariah, bonus dan sebagainya.

Diakhir sesi kelas, pengerusi mengajak semua yang hadir berdiri untuk sama-sama mendendangkan Nasyid Suci Sekeping Hati dan kemudian disempurnakan dengan laungan HPA Boleh !!! Gempur Radix Insya Allah !!! Berikut gambar-gambar sepanjang kelas mingguan kali ini :

Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman (foto, kanan) berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan."Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di Pulau Pinang hari ini.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang. Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas."Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenal pasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat. Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai. Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut. Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram. BERNAMA. - Posted by GM

Memandangkan kepada MISI & VISI HPA yang tersangat besar iaitu untuk menguasai PASARAN GLOBAL PRODUK HALAL, adalah menjadi tanggungjawab setiap pengedar untuk bekerjasama dalam membantu syarikat BUMIPUTRA MUSLIM ini untuk kekal wujud sebagai satu syarikat yang menjadi Harapan Paling Akhir kepada umat ISLAM.


Untuk tujuan ini adalah sangat PENTING bagi setiap PENGEDAR BERTAULIAH hadir ke perjumpaan KELAS MINGGUAN yang banyak memberikan manfaat, diantanya :-
  1. Tempat pengedar baru dan lama berkumpul, berbincang dan menyatukan fikir agar dapat menyusun strategi yang lebih mantap untuk memajukan perniagaan ini.
  2. Tempat untuk setiap pengedar meningkatkan ilmu dan kemahiran dengan mendengar taklimat dan pengalaman dari pemimpin yang telah berjaya.
  3. Mereka yang hadir dapat di motivasikan agar dapat kekal di atas landasan perjuangan yang suci ini.
  4. Pengedar-pengedar baru dapat manfaatkan kehadiran pemimpin dengan memperkenal-kan jaringan mereka dengan pemimpin yang sentiasa sedia memberi tunjuk ajar.
  5. Tempat untuk mendapat maklumat terkini seperti jadual kursus PJ, PBC, PIC dll samada dari syarikat HPA atau Kelab Pemimpin tempatan agar pengedar-pengedar dapat mengambil peluang untuk memajukan perniagaan mereka.

Carefour enggan memboikot barangan Israel, Amerika dan Denmark. KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi menyelamatkan kerugian mereka.

BOIKOT barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja ! Denmark telah melakukan jenayah dengan membakar kitab suci Al-Quran di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark), sebagai reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam ke atas barangan mereka.

Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka, menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita ini kepada mereka yang anda kenal. Denmark semakin terdesak. Sila panjangkan berita ini.

Berita gempar ! Harap semua tahu tentang liputan akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW dan hingga kini mereka tidak menyesalinya. Marilah kita jadikan mereka menyesalinya. Duta Besar Denmark, Perdana Menteri dan Denmark National Channel, kesemua mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan ummat Islam sejak beberapa bulan lepas, di mana mereka telah mengalami kerugian hingga 4 billion Euro.

Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7 bulan atau lebih lagi, kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion Euro. Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan.

Ingatlah ! Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat kelak, "Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda-sendakan aku? Bagaimana anda mempertahankan aku?" Boikot semua produk seperti Minuman 7-up , LEGO, coklat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57. Tolong yakinkan semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara Denmark.

Ingat! Anda sedang berjihad dalam meningkatkan ekonomi Islam. Teruskan mengguna dan memperjuangkan produk-produk HPA. Allahu Akbar !!!

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintetik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung.

Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan Coklat radix.

Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah. Amin

Harga Pengedar di Semenanjung : RM7.00
Harga Pasaran di Semenanjung : RM9.00
Nilai Mata Pengedar : 2NM

HPA Industries Sdn Bhd mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya. Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.

Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 250 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.

Sumber - Harian Metro

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim” dan dalam hadis yang lain ”Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Berdasarkan 2 hadis di atas, adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap orang muslim untuk menuntut ilmu. Justeru kepada mereka yang ada niat hendak menjadi seorang usahawan muslim, wajiblah bagi mereka mendalami segala ilmu yang berkaitan dengan bidang yang ingin mereka ceburi. Mereka harus mengetahui produk-produk yang akan diniagakan dan juga perlu ada pengetahuan tentang teknik dan kaedah menjalankan perniagaan.

Sebagai menyahut seruan Nabi SAW tadi, Komuniti HPA Bandar Baru Bangi telah mengadakan Kelas Mingguan pada setiap hari Selasa malam Rabu, bermula jam 9.30 malam dan bertempat di Aras 1, Cawangan HPA Bandar Baru Bangi yang juga merupakan Pusat Komuniti bagi ahli-ahli HPA sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya.

Modul Kelas Mingguan HPA biasanya dimulakan dengan slot ”Profail Syarikat”. Dalam slot ini ahli dikenalkan secara ringkas tentang HPA Industries dan tidak lupa juga dimaklumkan akan perkembangan terkini syarikat. Slot kedua pula, ahli akan diperkenalkan dengan ”Pengetahuan Produk” yang disampaikan oleh Herbalis bertugas. Hanya satu produk yang diperkenalkan untuk satu malam dan akan berubah pada minggu yang seterusnya. Ahli boleh mengajukan persoalan bagi mendapatkan jawapan serta penyelesaian bagi sebarang masalah penyakit.

Slot ketiga merupakan salah satu slot terpenting di mana ahli akan dijelaskan dengan teknik atau kaedah menjalankan perniagaan melalui modul ”Pelan Pemasaran”. Dalam slot ini juga ahli diterangkan bagaimanakah menjana pendapatan lumayan bersama HPA. Ahli diterangkan mengenai pangkat, peratus bonus dan sebagainya.

Slot Motivasi atau Tazkirah adalah slot terakhir. Penceramah akan menaikkan semangat ahli dalam perjuangan bersama HPA ini. Ahli juga dinasihati agar menjadikan HPA sebagai satu wadah perjuangan yang berkonsepkan ibadah kerana Allah disamping mendapatkan keuntungan duniawi dan juga ukhwari.

Tidak rugi jika hadir ke Kelas Mingguan ini. Banyak manfaat yang boleh diambil daripadanya. Istiqomah dan ajaklah rakan-rakan anda hadir sama bagi mencapai cita-cita menjadi seorang usahawan muslim yang berilmu pengetahuan.








Ramai sudah mendaftar sebagai ahli HPA dan ramai juga yang sudah mencuba serta menggunakan produk-produk HPA. Tapi berapa ramai yang tahu di mana, bagaimana dan siapa yang menghasilkan produk-produk tersebut ? Berapa ramai yang sudah menjamu selera di Radix Fried Chicken atau RFC? Bagi menjawab persoalan tadi, Komuniti HPA Bandar Baru Bangi akan mengadakan Lawatan Kenali HPA. Berikut adalah maklumat mengenai program lawatan tersebut :

Tarikh : 3 hingga 5 Julai 2009 (Jumaat - Ahad)
Bayaran :
RM150 seorang
Aktiviti & Lokasi Lawatan :

1) Kompleks Pentadbiran dan Kilang HPA di Jejawi
2) Ladang Herba dan Kilang HPA di Kuala Perlis
3) Kilang Biskut dan Toileteries di Changlun
4) HPA Cawangan Sungai Petani, HPA Ilham Holidays, HPA Collections dan JAWI Herbshop
5) Kilang Radix Cola dan Kilang Kosmetik di Sungai Lalang
6) Menjamu selera di Radix Fried Chicken (RFC), Radix Organic Recipes (ROR) atau Radix Oriental Cuisine (ROC).

Bayaran termasuk pengangkutan bas, penginapan di Homestay, takaful dan voucher makan RFC. Untuk keterangan lanjut atau ingin menyertai lawatan ini, sila berhubung atau daftarkan nama anda di kaunter HPA Cawangan Bandar Baru Bangi atau kepada :

Encik Mohd Fadzil - 013 2627662
Encik Syed Bahri - 013 2002597


* Tertakluk kepada pindaan

Kursus ini telah berlangsung pada 09 Mei 2009 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 ptg bertempat di HPA Cawangan Bandar Baru Bangi. Seramai 23 orang bekas peserta PBC (sekitar Lembah Klang) telah hadir untuk menambah lagi ilmu berkenaan herbalogi dan perawatan.

Empat orang Herbalis bertauliah HPA telah bertungkus lumus menjayakan program ini dengan komitmen yang jitu daripada AJK komuniti yang hadir.

Antara modul yang diberikan adalah Asas Perubatan Jawi, Product Knowledge(4 produk) dan Asas Diagnosis Tapak Tangan II . Setiap modul diselangi dengan kuiz untuk menguji tahap kefahaman para peserta. Buktinya, seramai 4 orang peserta telah berjaya mendapat100% markah. Kesemua peserta sangat berpuas hati dengan modul yang diberikan di samping pengalaman akupuntur di tititk usus 4 di tangan masing-masing. Sijil akan diberi kepada peserta yang hadir.

1) Pendaftaran (yuran RM50 termasuk makan,sijil dan bahan kursus). Memang berbaloi-baloi






2) Peserta muslimin dan muslimat khusyuk mendengar pengisian






3) kita bernasyid lagi... Rasulullah






4) senangnya soalan...kacang je nih!






5) Cucuk jangan tak cucuk. Ni sape yang sembelit ni 'sure' ke tandas jap lagi!







6) SLOT Asas Perubatan Jawi oleh Herbalis Asma'

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Hj Idris Fakeh Mokhtar di atas kepulangannya ke rahmatullah awal pagi tadi sekitar jam 4, sebaik sahaja sampai di rumahnya di Sg Merab. Hj Idris adalah AJK bagi Komuniti Bandar Baru Bangi.

Menurut ahli keluarganya, beliau dikatakan telah muntah-muntah lalu pengsan malam semalam lalu dikejarkan ke hospital Slim River, kemudian ke hospital Ipoh, namun pihak hospital tidak dapat berbuat apa-apa. Difahamkan telah berlaku pendarahan di atas kepala beliau.

Subhanallah...perkara yang berlaku sebagai asbab kepada kematian.

Masih terngiang-ngiang di ingatan sewaktu beliau memberi sedikit tazkirah tentang kematian semasa meeting komiti bangi baru-baru ini di pejabat en rosmandi. Sangat terkesan di hati sehingga menitis air mata mengenangkan saat kematian yang bakal ditempuhi.

Itulah kali terakhir komiti bersama beliau...Semoga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah

Al Fatihah...

Seperti di cawangan-cawangan HPA yang lain, Kelas Mingguan bagi HPA cawangan Bandar Baru Bangi diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu, bermula pada pukul 9.00 malam. Antara pengisian di dalam kelas mingguan ini adalah :

  • Profail Syarikat HPA Industries
  • Pengenalan Produk HPA
  • Sesi Testimoni
  • Pelan Pemasaran HPA
  • Sesi Motivasi
  • Sesi soal jawab
  • Nasyid beramai-ramai

Kelas Mingguan ini dikendalikan secara bergilir-gilir oleh AJK Komuniti yang terpilih manakala setiap slot ceramah disampaikan oleh PJS bertugas atau AJK Komuniti yang tertentu. Berikut adalah antara gambar sepanjang sesi Kelas Mingguan pada bulan Mac 2009 :


Saudara Syed Bahri mengalu-alukan kehadiran semua ahli HPA Bandar Baru Bangi

Sebahagian peserta muslimin yang hadir

Peserta muslimat yang komitmed dengan kelas mingguan

Bilangan peserta yang hadir semakin bertambah setiap minggu

PJS Fatin sedang menerangkan produk Spirulina

Strategi Menjana Pendapatan bersama PJS Hafidzan

Related Posts with Thumbnails