Makan dan minum adalah satu keperluan asas ke-hidupan. Islam menghendaki umatnya menitik-beratkan soal kebersihan dan kesucian dalam aspek pemakanan. Ini kerana soal pemakanan berkait rapat dengan ibadah dan kesihatan. Allah SWT amat menekankan perihal apa yang kita makan kerana ia menentukan kehalusan atau kekasaran budi dan sangat berpengaruh kepada jiwa dan sikap seseorang.

Malah halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan menerima doa orang yang menyimpan bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya. Bagi setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Allah SWT sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadah. Sekiranya "otak" itu cacat maka ibadat lain turut tercalar.


Bagi orang beriman , doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan khususnya bagi orang yang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah. Walaupun terdapat beberapa standard bagi menjamin kebajikan pengguna di Malaysia, masalah ketidakpatuhan terhadap standard ini sentiasa berlaku terutama berkaitan dengan halal tidaknya makanan dan yang paling ketara adalah penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal di Malaysia.

Justeru, kita harus berhati-hati kerana dikhuatiri membeli atau terbeli makanan tidak halal walaupun ada dipamerkan label logo halal. Masyarakat hendaklah cermat dan berwaspada dalam menentukan kehalalan makanan itu sendiri. Sekadar mempunyai sijil halal saja belum mencukupi kerana pada ketika ini ada peniaga terutama bukan Islam gemar menipu sijil halal.

Kita tidak boleh mengharapkan penguatkuasaan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit ditambah dengan tabiat sesetengah peniaga gemar meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna Islam. Apa yang jelas, kalau kita ragu-ragu atau was-was, jangan membeli produk berkenaan.

Persoalan yang timbul, mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan sistem atau polisi yang sukar dan berbelit-belit menyebabkan perkara ini terjadi atau sikap masyarakat yang jahil tentang kepentingan penggunaan logo halal dan standard halal serta keselamatan makanan? Mungkinkah ada unsur 'suapan' dalam pemberiaan logo berkenaan?

Apa yang pasti, setiap pengguna mahukan sesuatu produk yang selamat dan tiada kemudharatan. Bagi umat Islam, garis panduan mestilah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang juga boleh diimplimentasikan dalam kehidupan setiap pengguna hari ini. Harus diingat, pemakanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantiti mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat selain cemerlang dari segi akhlak, syakhsiah, berperibadi mulia dan bertamadun mengikut acuan Islam.

Sumber : Majalah MILENIA MUSLIM keluaran Mac 2010

HPA Industries Sdn Bhd mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya. Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.

Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 250 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.

Sumber - Harian Metro

Oleh SUWARNI MOKHTAR

ABDULLAH Ahmad Badawi menyampaikan anugerah Perdana Menteri kepada Ismail Ahmad selepas merasmikan MAHA 2008 di Pusat Taman Expo Pertanian, semalam.


SERDANG 12 Ogos
- Tiada siapa menyangka industri pertanian berasaskan herba mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan. Namun, syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. berjaya membuktikan herba mampu menjana keuntungan apabila pada tahun 2007 nilai jualan produk keluaran syarikat itu mencecah RM63 juta.

Antara produk popular syarikat itu ialah Kopi Radix yang terkenal dengan ungkapan iklan 'Mai Secawan'. Berikutan pencapaian tersebut, HPA telah dipilih untuk menerima Anugerah Perdana Menteri yang pertama kali diperkenalkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan kemenangan itu, HPA Industries membawa pulang hadiah wang wang tunai RM50,000, piala dan sijil.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad pada majlis perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Terdahulu, syarikat tersebut turut menerima Anugerah Pemasar Tani Jaya Peringkat Kebangsaan 2008. Bagi anugerah ini, HPA mendapat hadiah RM30,000, piala dan sijil.

Menurut Ismail, syarikatnya kini berusaha mewujudkan ladang roselle dan pegaga memandangkan hasil ladang sedia ada tidak dapat menampung permintaan.
''Kami masih terpaksa mengimport roselle dari Sudan dan pegaga dari Indonesia, jadi dengan adanya ladang roselle dan pegaga yang lebih besar ia akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar,'' katanya.

Selain menetapkan sasaran keuntungan sebanyak RM100,000 pada tahun ini, Ismail menyatakan bidang pertanian dan industri asas tani telah terbukti mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya diusahakan dengan betul.
HPA memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Ia mempunyai kira-kira 400,000 ahli serta 21,000 usahawan di seluruh negara. HPA Industries juga mempunyai lima wakil di luar negara melalui aktiviti jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

GEORGETOWN : “Kami akan saman!” Itu keputusan diambil pengurusan HPA Industries Sdn Bhd (HPA) dalam usaha mengelak produk utama syarikat itu daripada terus diciplak. Malah, pengurusan syarikat jualan langsung milik Bumiputera terbesar di negara ini memberi amaran tindakan saman bukan hanya membabitkan pengeluar Kopi Radix tiruan, tetapi juga penjual dan premis yang menyimpan produk itu.


Penasihat Undang-Undang HPA, Abdul Ghany Saad, berkata dengan pendekatan itu, pihaknya menjangka masalah Kopi Radix tiruan di pasaran dapat diatasi dalam tempoh terdekat. Menurutnya, pada masa ini, skuad penyiasat yang ditubuhkan HPA mengesan beberapa pemborong yang membeli produk Kopi Radix tiruan di sekitar Seberang Prai, Pulau Pinang dan utara Perak.

“Kami (HPA) berharap mendapat maklumat mengenai punca kepada semua masalah ini daripada pemborong yang dikesan. “Jika pemborong terbabit tidak bekerjasama, kami (HPA) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman sivil ke atas mereka bagi menuntut kerugian kerana menjual produk tiruan,” katanya.

Beliau berkata, HPA yakin dengan kerjasama erat daripada pihak berkuasa, masalah itu akan dapat diatasi tidak lama lagi. Menurutnya, seramai 1,000 kakitangan dan 500,000 ahli syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu membantu syarikat berkenaan dalam mengatasi masalah terbabit.

“Syarikat amat memandang serius masalah ini dan kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk saman ke atas mana-mana pihak yang didapati menyimpan atau menjual Kopi Radix tiruan.“Kami ingin menjadikan ia sebagai pengajaran bagi menghapuskan masalah kopi tiruan ini supaya tidak lagi berbangkit pada masa depan,” katanya.

Harian Metro (11 November 2008) PRAI : HPA Industries Sdn Bhd (HPA) yang mengeluarkan produk Kopi Radix mengesan sesetengah pihak mengaut keuntungan dengan menciplak kopi segera herba nombor satu di kawasan utara. Kegiatan itu dikesan dibeberapa lokasi membabitkan Pulau Pinang, Kedah dan Utara Perak yang menggunakan kopi palsu berada di pasaran tanpa mengetahui kandungannya menyebabkan rasanya berbeza dengan Kopi Radix asli mengandungi tujuh herba serta diadun menggunakan teknik perubatan Islam.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata kegiatan itu memberi kesan negatif sekali gus menyebabkan kejatuhan jualan kopi Radix sebagai minuman berherba yang cukup popular di negara ini. “Sekiranya pengedaran kopi palsu itu dibiarkan akan menyebabkan orang ramai menjauhi kopi Radix asli,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam. Sebelum ini, kopi Radix asli dalam bentuk papan dijual kepada ahli HPA dengan harga RM16 berbanding kopi Radix palsu yang dijual harga RM14 dengan menggunakan teknik imbasan cukup tinggi menciplak papan dan sachet minuman kopi Radix asli.

Beliau berkata, rasa kopi Radix palsu tawar serta tidak mempunyai herba HPA, manakala kualiti kertas sachet palsu agak nipis berbanding asli selain warna merahnya lebih gelap dari sachet asli selain beberapa perbezaan lain.

Oleh Zainuddin Zain

HPA Industries Sdn Bhd melangkah setapak lagi dalam visinya menye-diakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila mem-buka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC) semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, sistem francais itu terbahagi kepada dua kategori iaitu bernilai RM1 juta dan RM500,000. “RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. “Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

Petikan daripada : Harian Metro keluaran 2 Jun 2008 / laman ekonomi

Waktu operasi RFC :
Isnin - Ahad : 10.30 pagi - 11.00 malam
Tutup hanya pada hari Jumaat : 12 tengahari - 2.30 petang

Menu :
Ayam goreng berperasa Asli (Original) & Pedas (Spicy)
5 jenis Value Meal
Seleksi Kentang Goreng, Burger, Radix Cola/Sarsi, Oren, Strawberry

"LAZAT LAGI BERKHASIAT!"
RADIX FRIED CHICKEN

Lot.95-97 Jalan Legenda Height
08000 S.Petani, Kedah
No. Telefon RFC : 04-4254717

Related Posts with Thumbnails