Selasa, 23 Februari 2010. Kelas Mingguan pada kali ini berjalan lancar dengan kehadiran yang menggalakkan. Kelas mingguan kali ini agak menarik kerana dimuatkan dengan demonstrasi pema-sangan produk baru iaitu Penapis Air DEW. Kelas dikendalikan oleh Pengerusi Komuniti HPA Bangi, Encik Mohd Fadzil b. Ibrahim diikuti dengan penerangan mengenai Profail Syarikat HPA serta beberapa maklumat terkini oleh PJM Hafidzan Faudzi.

Slot Rawatan Penyakit disampaikan oleh Herbalis Asma’ dengan tajuk “Rengsa Usus”. Slot Plan Pemasaran pula disampaikan oleh PJS Aznin Ujang. Selepas itu PJM Hafidzan mengakhiri kelas mingguan dengan demonstrasi pemasangan Penapis Air DEW. Para peserta yang hadir ternyata sangat berminat dengan produk baru ini dimana ianya dijangkakan akan menjadi antara produk yang terlaris dipasaran. Insya Allah...


Seluruh warga HPA Bangi mengalu-alukan cadangan HPA untuk membuka sebuah lagi Restoran RFC di Bangi. Komuniti HPA Bangi mewakili seluruh warga HPA Bangi akan memastikan produk-produk HPA terus mendapat sambutan dan juga sentiasa menjadi pilihan No. 1. Semoga cadangan ini akan menjadi kenyataan. Justeru kami mengajak seluruh warga HPA Bangi untuk sama-sama menggempur produk HPA di pasaran serta menyeru umat Islam agar mencari yang HALAL kerana Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Sebarkan kepada semua akan khasiat serta kelebihan ayam organik yang menjadi bahan utama dalam RFC. Ketahui rahsia disebalik ayam FRESH, ORGANIC, HALAL HPA Industries di :
http://radixfriedchicken.com.my/organik.html

Related Posts with Thumbnails