HPA Industries Sdn Bhd mensasarkan tersenarai dalam syarikat ‘kelab bilionair’ setanding korporat gergasi negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagian besar pendapatan disumbang menerusi jualan langsung (MLM) dan rangkaian restoran makanan segeranya. Syarikat milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini dan yang pertama diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) itu terkenal dengan produk makanan dan minuman kesihatan jenama Radix seperti Kopi Radix dan Radix Koko.

Pada masa ini produk keluaran syarikat itu Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH) mencetus fenomena baru dalam industri restoran makanan apabila menyajikan makanan organik, halal, suci dan berkualiti.Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata ketika ini, jualan syarikat berada sekitar RM15 juta sebulan dan mensasarkan memperbanyakkan lagi keluaran dalam rangkaian MLMnya yang kini berjumlah lebih 250 produk untuk melonjakkan lagi jualan syarikat.

Sumber - Harian Metro

3 KOMEN ANDA:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saya dengar cerita RFC ada nak buka cawangan di Bangi, Selangor, betul ke? Saya doakan agar cawangannya dibuka dengan secepat mungkin kerana ramai yang menunggu-nunggu kelazatan RFC.

2 Januari 2010 pada 11:45 PTG  
Abu Firzan berkata...

Insya Allah.. nantikan dengan penuh sabar. Lokasi sudah dikenalpasti dan kerja-kerja pengubahsuaian akan dijalankan tidak lama lagi. Sama2 berdoa semoga semuanya berjalan lancar...

10 Februari 2010 pada 6:48 PTG  
Kerja D Putrajaya berkata...

Salam tuan,

Harap projek RFC di Bangi dapat dipercepatkan... x sabar dah nie heheheh

23 Ogos 2010 pada 11:09 PG  

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails