Dukacita ingin dimaklumkan kepada semua warga HPA yang mengenali PJS Fatin @ Puan Norhaida binti Rameli, ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Maklumat terperinci mengenai kematian ayahanda beliau belum dapat diterima.

Bersama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan mereka yang sentiasa dekat di sisi Allah dan bersama-sama orang-orang soleh. Al-Fatihah ...


Maklumat terkini yang diterima :
Ayahanda PJS Fatin iaitu Allahyarhan Haji Rameli b. Haji Hamzah yang berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping pada jam 3 petang semalam (Jumaat, 8/1/2010). Allahyarham dipercayai meninggal dunia kerana menghidap sakit jantung. Salam takziah buat semua ahli keluarga PJS Fatin dari Warga Komuniti HPA Bangi.

0 KOMEN ANDA:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails