Selasa, 23 Februari 2010. Kelas Mingguan pada kali ini berjalan lancar dengan kehadiran yang menggalakkan. Kelas mingguan kali ini agak menarik kerana dimuatkan dengan demonstrasi pema-sangan produk baru iaitu Penapis Air DEW. Kelas dikendalikan oleh Pengerusi Komuniti HPA Bangi, Encik Mohd Fadzil b. Ibrahim diikuti dengan penerangan mengenai Profail Syarikat HPA serta beberapa maklumat terkini oleh PJM Hafidzan Faudzi.

Slot Rawatan Penyakit disampaikan oleh Herbalis Asma’ dengan tajuk “Rengsa Usus”. Slot Plan Pemasaran pula disampaikan oleh PJS Aznin Ujang. Selepas itu PJM Hafidzan mengakhiri kelas mingguan dengan demonstrasi pemasangan Penapis Air DEW. Para peserta yang hadir ternyata sangat berminat dengan produk baru ini dimana ianya dijangkakan akan menjadi antara produk yang terlaris dipasaran. Insya Allah...

3 KOMEN ANDA:

Unknown berkata...

SALAM.SAYA BARU BELI PENAPIS AIR HPA TAPI TAK PAHAM cara pasang

6 Mac 2010 pada 12:56 PG  

Wslm.. boleh berikan maklumat utk dihubungi? Atau sila bertanya pd UPLINE anda yg aktif ttg pemasangan Penapis Air Dew tersebut.

7 Mac 2010 pada 5:35 PTG  

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails