Unit Herbalis Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) akan menganjurkan Kursus Pra Herbalis. Kursus ini diadakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada semua Pengedar HPA yang berminat mendalami Perubatan Jawi tetapi tidak berkesempatan untuk mengikuti Kursus Herbalis.

Berikut adalah maklumat mengenai kursus tersebut :

Tarikh ___: 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa ____ : 9.00 pagi
Tempat __: HPA Cawangan Bangi
Bayaran __: RM 35 (bahan kursus & sijil penyertaan)

Antara pengisian kursus tersebut adalah :

- Perubatan Jawi
- Asas Iridologi
- Asas Akupuntur
- Asas Pembetulan Tulang Belakang

Kepada yang berminat untuk menyertai kursus ini, daftarkan diri anda kepada wakil Komuniti HPA Bangi atau terus kepada Herbalis Leez di talian :
017-2190544

Makan dan minum adalah satu keperluan asas ke-hidupan. Islam menghendaki umatnya menitik-beratkan soal kebersihan dan kesucian dalam aspek pemakanan. Ini kerana soal pemakanan berkait rapat dengan ibadah dan kesihatan. Allah SWT amat menekankan perihal apa yang kita makan kerana ia menentukan kehalusan atau kekasaran budi dan sangat berpengaruh kepada jiwa dan sikap seseorang.

Malah halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan menerima doa orang yang menyimpan bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya. Bagi setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Allah SWT sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadah. Sekiranya "otak" itu cacat maka ibadat lain turut tercalar.


Bagi orang beriman , doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan khususnya bagi orang yang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah. Walaupun terdapat beberapa standard bagi menjamin kebajikan pengguna di Malaysia, masalah ketidakpatuhan terhadap standard ini sentiasa berlaku terutama berkaitan dengan halal tidaknya makanan dan yang paling ketara adalah penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal di Malaysia.

Justeru, kita harus berhati-hati kerana dikhuatiri membeli atau terbeli makanan tidak halal walaupun ada dipamerkan label logo halal. Masyarakat hendaklah cermat dan berwaspada dalam menentukan kehalalan makanan itu sendiri. Sekadar mempunyai sijil halal saja belum mencukupi kerana pada ketika ini ada peniaga terutama bukan Islam gemar menipu sijil halal.

Kita tidak boleh mengharapkan penguatkuasaan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit ditambah dengan tabiat sesetengah peniaga gemar meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna Islam. Apa yang jelas, kalau kita ragu-ragu atau was-was, jangan membeli produk berkenaan.

Persoalan yang timbul, mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan sistem atau polisi yang sukar dan berbelit-belit menyebabkan perkara ini terjadi atau sikap masyarakat yang jahil tentang kepentingan penggunaan logo halal dan standard halal serta keselamatan makanan? Mungkinkah ada unsur 'suapan' dalam pemberiaan logo berkenaan?

Apa yang pasti, setiap pengguna mahukan sesuatu produk yang selamat dan tiada kemudharatan. Bagi umat Islam, garis panduan mestilah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang juga boleh diimplimentasikan dalam kehidupan setiap pengguna hari ini. Harus diingat, pemakanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantiti mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat selain cemerlang dari segi akhlak, syakhsiah, berperibadi mulia dan bertamadun mengikut acuan Islam.

Sumber : Majalah MILENIA MUSLIM keluaran Mac 2010

Selasa, 23 Februari 2010. Kelas Mingguan pada kali ini berjalan lancar dengan kehadiran yang menggalakkan. Kelas mingguan kali ini agak menarik kerana dimuatkan dengan demonstrasi pema-sangan produk baru iaitu Penapis Air DEW. Kelas dikendalikan oleh Pengerusi Komuniti HPA Bangi, Encik Mohd Fadzil b. Ibrahim diikuti dengan penerangan mengenai Profail Syarikat HPA serta beberapa maklumat terkini oleh PJM Hafidzan Faudzi.

Slot Rawatan Penyakit disampaikan oleh Herbalis Asma’ dengan tajuk “Rengsa Usus”. Slot Plan Pemasaran pula disampaikan oleh PJS Aznin Ujang. Selepas itu PJM Hafidzan mengakhiri kelas mingguan dengan demonstrasi pemasangan Penapis Air DEW. Para peserta yang hadir ternyata sangat berminat dengan produk baru ini dimana ianya dijangkakan akan menjadi antara produk yang terlaris dipasaran. Insya Allah...


Seluruh warga HPA Bangi mengalu-alukan cadangan HPA untuk membuka sebuah lagi Restoran RFC di Bangi. Komuniti HPA Bangi mewakili seluruh warga HPA Bangi akan memastikan produk-produk HPA terus mendapat sambutan dan juga sentiasa menjadi pilihan No. 1. Semoga cadangan ini akan menjadi kenyataan. Justeru kami mengajak seluruh warga HPA Bangi untuk sama-sama menggempur produk HPA di pasaran serta menyeru umat Islam agar mencari yang HALAL kerana Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

Sebarkan kepada semua akan khasiat serta kelebihan ayam organik yang menjadi bahan utama dalam RFC. Ketahui rahsia disebalik ayam FRESH, ORGANIC, HALAL HPA Industries di :
http://radixfriedchicken.com.my/organik.html





Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru. Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.

Alhamdulillah, Menara HPA yang bernilai RM54 juta telah siap untuk digunakan. Bulan Mac ini akan bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Buat semua anak bangsa yang mendukung perjuangan HPA walau di mana jua kita berada, inilah masanya untuk kita pertingkatkan JIHAD EKONOMI umat Islam. Allahu Akbar !!!








Related Posts with Thumbnails