
PENJELASAN DARIPADA PANEL SYARIAH HPA
Ayam HPA diberi makan dedak yang diadun khas tanpa sebarang bahan yang haram dan syubhah (serbuk darah, serbuk tulang dan sebagainya) serta tidak dimasukkan bahan-bahan kimia merbahaya dan memudaratkan badan manusia termasuk antibiotik, vaksin, arsenik asid dan sebagainya. Sebagai ganti bahan-bahan merbahaya itu HPA menggunakan bahan-bahan alamiyah termasuk Habbatus-Sauda’ (yang bertindak sebagai antibiotik alternatif), halia dan sebagainya. Untuk ganti serbuk darah dan serbuk tulang pula, HPA menggunakan protien kacang soya, ikan dan sebagainya. Jadi, ayam HPA diberi makan habbatus-sauda’ bukan untuk mengajarnya beramal dengan as-Sunnah, akan tetapi hasil kajian kita mendapati habbatus-sauda’ itu berfungsi sebagai antibiotik yang bukan sahaja sesuai untuk manusia tetapi juga binatang ternakan.
Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya. Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi SAW. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘asal (madu) dan habbatus-sauda’.
Adapun memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran di reban ayam, HPA tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.
Wallahu a’lam.
0 KOMEN ANDA:
Catat Ulasan