Kuliah Perubatan Jawi (KPJ)


Pada 22 Disember 2009, Kuliah Perubatan Jawi telah disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad. Bertempat di Hotel De Palma Ampang dan tajuk KPJ kali ini adalah "Herba Menguasai Dunia".

Kehadiran luar biasa seramai 500 orang telah menaikkan semangat dan mood untuk gempur pasaran 2010. GEMPURRR !!!



Seminar Halatuju HPA 2010 & Pelancaran Insentif Ta'awun

Seramai 200 orang peserta di kalangan PJS dan wakil Komuniti telah hadir di Ballroom, Hotel De Palma Ampang pada 23 Disember bermula 10 pagi hingga 5 petang. Dimulakan dengan ucapan aluan daripada Presiden KPA, PJM Hafidzan b. Faudzi. Selepas itu GM AWM, En. Mohd. Faisol Abd. Rahman telah memberi taklimat tentang Insentif Ta'awun 2010. Sebelah petang pula, Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad telah memberikan kata perangsang yang penuh semangat sehingga ada peserta yang mengalirkan air mata. Semua peserta melaungkan GEMPUR RADIX ! dan bertakbir dengan penuh semangat. Allahu Akbar !!!

Berikut adalah slide show gambar-gambar sekitar dua acara gemilang tersebut :


1 KOMEN ANDA:

Alf mubarak buat semua PJS! Pengerusi Komuniti HPA Bangi mohon maaf tak dapat hadir. Beliau kena 'standy' sbb isteri beliau bila-bila masa shj boleh melahirkan anak. Beliau nak sambut baby jd tak boleh berada jauh di luar Bangi. Tahniah buat semua. Gempur Insentif 2010 !!!

24 Disember 2009 pada 11:57 PG  

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails