Khamis, 13 Ogos 2009. Itulah tarikh terakhir Allahyarham berada bersama kita. Hari ini (13 Dis) genaplah 4 bulan Allahyarham Mohamad Asri b. Ibrahim atau Asri Rabbani pergi meninggalkan kita semua. Pemergian-nya merupakan satu kehilangan yang sangat besar khususnya buat seluruh penasyid dan peminat hiburan nasyid. Allahyarham adalah antara penggerak industri nasyid dan mereka yang bertanggungjawab mendaulatkan seni hiburan Islam ini dan mengetengahkannya agar diterima semua masyarakat dunia.

Allahyarham adalah seorang ahli HPA dengan no. ahli 431155.MY01. Walaupun bukanlah seorang yang aktif dan berpangkat besar dalam HPA, namun pastinya ramai ahli HPA yang menjadikan Allahyarham sebagai sumber inspirasi dan role model kerana banyak sekali lagu-lagu nasyid Allahyarham bersama Kumpulan Rabbani yang berjaya menaikkan semangat perjuangan dalam dakwah di semua aspek kehidupan termasuklah dalam perniagaan.

Allahyarham bukanlah seorang PJS namun jasa Allahyarham terhadap Islam di Malaysia sudah pasti lebih besar daripada mereka yang berpangkat PJS atau lebih tinggi daripada itu. Pangkat terakhir Allahyarham di dalam HPA sebelum menghembuskan nafas terakhirnya adalah PLX dan kini hampir mencapai PRX. Keahlian dan pendapatan Allahyarham kini diwarisi oleh isterinya iaitu Puan Halizah bt. Shahadan. Sepanjang hayatnya, Allahyarham tidak pernah lupa untuk membuat pembelian maintain setiap bulan dan sentiasa menerima bonus daripada HPA.

"Biarlah sedikit asalkan diberkatiNya... Daripada banyak yang memudharatkan..." demikianlah petikan lirik nasyid dari salah satu lagu-lagu nasyid Kumpulan Rabbani. Walaupun bonus HPA yang diterima belum mencecah ratusan atau ribuan ringgit, Allahyarham tetap meneruskan pembelian maintain kerana yakin ada keberkatan disebalik pendapatan yang diterimanya. Untuk pengetahuan semua ahli HPA, bonus Allahyarham kini digunakan untuk membeli produk HPA antaranya ayam organik HPA dan disedekahkan kepada fakir miskin yang tinggal berhampiran rumah keluarga Allahyarham di Bukit Sentosa, Rawang. Itulah antara saham dan jariah Allahyarham yang masih berjalan walaupun sudah tiada lagi di dunia ini. Bagaimana pula kita yang masih hidup ini ???

Saksikan klip video tribute untuk Allahyarham Asri Rabbani di youtube :

5 KOMEN ANDA:

Abu Firzan berkata...

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat, aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."

- Nukilan Al-Marhum di dalam blognya http://asrirabbani.blogspot.com/

16 Disember 2009 pada 10:02 PG  
Ustaz Hasrizal berkata...

"Setelah seluruh hidupku pada liku suka dukanya ditemani oleh buah tangan Ustaz Asri Ibrahim, mudah-mudahan buah tangan itu kini menjadi amal soleh yang menemani perjalanan al-Marhum di alam yang sepi dan sunyi itu."

16 Disember 2009 pada 10:06 PG  
Ustaz Pahrol berkata...

"Senyum, suara dan sifat ramah-tamah serta hormatnya masih terbayang di ruang mata. istirehatlah wahai sahabat dari ujian dunia. Semoga kau soleh di sisi pangkuan Cinta Allah di sana. Benar, tadi adalah subuhmu yang terakhir!."

16 Disember 2009 pada 10:07 PG  

"Tiada yang ku lihat melainkan semuanya yang baik-baik darimu. Tiada yang engkau tinggalkan buat generasi umat yang akan datang melainkan khazanah yang baik-baik juga. Engkau pergi setelah menyempurnakan amanah Tuhan yang terpikul di bahumu."

16 Disember 2009 pada 10:09 PG  
Tanpa Nama berkata...

"mana milik kita, tidak ada milik kita...semua yang ada..Allah yang punya.."

11 Januari 2010 pada 11:19 PG  

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails